Friday, August 22, 2014

DADAH STIMULAN

Share & Comment

MAKLUMAT ASAS
Stimulan Jenis Amfetamine (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas SISTEM SARAF PUSAT atau CENTRAL NERVOUS SYSTEM (CNS) . Ia merupakan jenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan-bahan kimia.

JENIS-JENIS
  • Amphetamine( kuda, WY, yaba)
  • Methmphetamine( Ice, syabu, sejuk, batu)
  • Ecstacy (goyang)

KESAN PENGAMBILAN
Kesan serta-merta pengambilan bahan menyebabkan euforia, tidak mengantuk, tidak lapar ataupun letih tetapi lama-kelamaan menyebabkan kebergantungan yang berpanjangan yang mengganggu fungsi sosial di dalam masyarakat.

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti tiada selera makan, kehilangan berat badan yang serius, tekanan darah tinggi dan serangan jantung. Ia juga menjadikan keadaan mental tidak stabil dengan manifestasi tingkah-laku yang ganas, kawalan emosi yang terjejas serta berkecenderungan untuk membunuh diri. Tanda-tanda overdose pula adalah – badan menggigil, hiperaktif, kesukaran bernafas, panik, halusinasi, ganas, muntah, cirit-birit, loya, serangan jantung dan sawan.
Tags:

oleh :

0 comments:

Post a Comment

 

PROGRAM AKAN DATANG


Ucapan

Selamat Datang kepada semua pelajar baru bagi sesi 2015/2016.Tahniah diucapkan kerana telah berjaya terpilih sebagai pelajar Universiti Malaysia Pahang.Selamat Maju Jaya !. Daripada Majlis Tertinggi Dan EXCO PEMADAM UMP.

Kami Prihatin Kami Sedia Membantu

Gunakan google chrome terkini untuk paparan terbaik. Copyright © PEMADAM UMP | Designed by Templateism.com